Thursday, August 11, 2011

Almost two week!

Maaf..aku bukanlah blogger tegar yg sentiasa punya idea untuk diblogkan!
Mungkin aku sedang mengalami masalah 'mahu berblog tapi tiada idea'
haaaa..nampak tak permainan bahasa aku yang agak tunggang langgang disitu..

Dekat 2 minggu dah umat Islam berpuasa..dan baru hari ini aku rasa nak menulis entry mengucapkan selamat berpuasa kepada anda2 semua..tapi maseh tidak terlambat bukan..hikhik~

Bulan puasa ni tak banyak pon aktiviti aku sama jugak macam bulan-bulan yg sebelum ni sbb cuti yang panjang ni aku dok melepet aje dekat rumah sambil menghabeskan beras mak dirumah..terbaik bukan!

Tapi aku bukan duduk sahaja malah membantu kakak aku yang begitu berazam mahu membina empayar perniagaannya sendiri..huihh semakin over penceritaan aku..heh..takde laa..kakak aku tengah usahakan perniagaan puding caramel bersama trifle dan jugak menjual kuih-kuih raya..tak lupa juga menjual air katira..
maaf..gambar ini sekadar hiasan

Ohhh sebelum tu..anda tahukah apa itu air katira??kalau dah tau bagus..kalau belom tau ce try gugle..ape guna internet laju2..manfaatkan sepenuhnya..elakkan pembaziran..

Dalam usaha untuk membuatkan cita2 kakak aku tercapai..aku mendapat jawatan sbg AJK Kebersihan sekaligus menjaga akaun..ehhh ape punye jawatan la dia bg kat aku..malahan gaji bukanlah dalam bentuk wang ringgit tapi berupa hadiah..tapi tak kesah laa..asal aku punye makan tanggung berak cangkung..err..lagi sekali permainan bahasa yg tidak menarik..

Okay..sampai sini cukup..takleh lebih lebih..betambah merepek lagi nanti..okay bye!


3 comments:

Nadya Monroe said...

kat mane kat mane kau jual air katira, nak!

Iltizam Jamhor said...

dekat jalan kuching..

tapi kau tak tau jalan g sane..

mimpi je laa kalau nak minum..

hahaha..

nur diana rozali said...

pe suke tlis cam tgntung ni? na kena gantung ke? *adik mail lambung..sekian..ngeh3