Monday, December 26, 2011

Peng-klasifikasi-an

Assalamualaikum wbt..

Aku belum sempat menonton sebarang dua barang movie lagi pada cuti kali ni..nampak gaya macam kena postpone aje study untuk exam ni pada esok lusa. Impian kena dilaksanakan dengan kadar segera takut nanti mulut berbuih sebab tak dapat layan movie sebelum study..Huikk habes sudah dengan intro merapu lagi meraban.

Okay tak tau laa korang perasan atau pun tak yang sebenar nya kita manusia ni senang saja nak mengklasifikasi seseorang tu walaupun sebenarnya orang tu tak ada kaitan langsung dengan hidup kita ni. Kadang kadang kita tak kenal pon dengan orang tu tapi mulut ni laju je nak meng-kategori-kan orang tu.

# Gemuk
Bila orang tu gemuk mulut kita laju nak cakap "huh makan banyak sangat laa tu". Lepas tu mula laa nak mengejek, mengata, mengutuk dan segala meng laa..Yaa kalau dia makan banyak pon...anda tu siapa nak mengata sana sini. Si gemuk tu ada hati dan perasaan jugak. Tak boleh ke anda nak jaga sikit??

# Bagi nasihat sikit
Tak salah kan kalau kita nak bagi nasihat sesama sendiri. Ilmu yang kita ada tu tak salah kalau nak dikongsi bersama. Tapi selalu kita akan dapat feedback yang macam ni "elehh sibuk nak bagi nasihat kat orang, macam laa kau tu bagus sangat. Diri sendiri tu pon takde laa betul mana" Kalau semua orang fikir macam tu alamat nya tunggang langgang laa dunia ni. Kan ingat mengingati sesama sendiri tu bagus. Tapi yang bagi nasihat tu haruslah cakap serupa bikin.

# Tutup aurat baik tak tutup aurat jahat
Percaya atau tidak kadang kadang terlintas dekat fikiran kita yang orang tak tutup aurat ni sedikit kurang baik perangai nya. Nampak tidak adil disitu. Yaa memang tutup aurat itu wajib bagi umat islam tapi untuk mengklasifikasikan baik atau jahat orang itu bukan terletak pada cara berpakaian seratus peratus. Kita perlu kenal dulu baru kita tahu baik atau jahat seseorang itu. Tapi bukan ke indah kalau perangai dan akhlak yang baik tu di cantik kan lagi dengan menutup aurat ? Bukan ke bagus kalau dah menutup aurat akhlak dan perangai dijaga dengan baik?

Aku pun takde laa baik mana. Entry kali ni untuk peringatan sesama kita. Mudah mudahan masa akan datang ada perubahannya. InsyaAllah~

p/s: Alaaamakkk..nanti nati laa aku masuk kan gambar pegi camping okay~


Saturday, December 24, 2011

Study week. Layan Movie. Final Exam

Assalamualaikum wbt.

Phewwww..dah lama tak meng-blog-kan diri ni..rasa macam dah ketinggalan berbatu batu pulak..maaf kepada follower yang tak berapa nak ramai tu sebab tak mampu nak meng-update-kan blog ini..takyah bagi tau punca tak update sebab bukan orang nak amik tau pon kan kan! Okay tamat sudah intro merepek disitu~

Study week sudah mula menjelmakan diri mereka, maka itu tandanya exam dah dekat..maka aku harus lah menjadi pelajar yang umpama ulat buku apabila aku harus mentelaah pelajaran yang terbabit. Eh ada ke ayat mentelaah?  Tapi macam tak remaja pulak study awal awal ni..padahal cuti ada seminggu..baik layan movie sedas dua pastu baru study..cantik bukan idea aku..so kalau ada citer menarik sila roger aku..

Oh lupa..nanti kalau bekesempatan aku upload la sebarang dua gambar time pegi camping dekat Tasik Chin Chin sama itu Cameron Highland..gambar time dinner MEBA mmg takda sebab aku kena duduk belakang tabir..sedih~

p/s- Memalam sikit aku update lagi ini blog okay~