Friday, February 10, 2012

Internship!

Assalamualaikum wbt.

Aku sekarang di dalam fasa untuk membiasakan diri dengan dokumen dokumen untuk proses peng-audit-an account syarikat syarikat di Malaysia. Secara tidak langsung menjadikan aku insan yang agak sibuk di siang hari dan pen-tidur yang awal di malam hari. Perkara ini dijangka berlangsung dalam enam bulan lamanya dan buat teman teman melepak maaf jika aku tak dapat nak join lepak sekaki.tehee~

First ngan second day kat office tersangatlah janggalnya. Staff staff kat office tu tersangatlah busy sampai tak tau nak bagi kerja apa kat ktorg ni.Oh ktorg yg aku maksudkan adalah:

 dia! dia!

dan dia!

Bila dah takde kerja masing masing dok melangut dekat meja.Kau pandang aku, aku pandang kau pastu gelak gelak. Pastu balik rumah bantai tido awal padahal bukan buat kerja sangat pon!

Start minggu ni masing masing dah dapat task! So apa lagi, kerjalah kannnn!Its fun bila dapat tengok semua dokumen yg selama ni dapat tengok kat dalam buku teks je! Rasa macam jakun sekejap. So minggu ni memang kerja duduk mengadap pc and key in data data dekat dalam sistem, isi borang tax etc. Penat tu memang tak hengat laa tapi apa boleh buat. Life must go on. Eh tetiba!