Monday, December 26, 2011

Peng-klasifikasi-an

Assalamualaikum wbt..

Aku belum sempat menonton sebarang dua barang movie lagi pada cuti kali ni..nampak gaya macam kena postpone aje study untuk exam ni pada esok lusa. Impian kena dilaksanakan dengan kadar segera takut nanti mulut berbuih sebab tak dapat layan movie sebelum study..Huikk habes sudah dengan intro merapu lagi meraban.

Okay tak tau laa korang perasan atau pun tak yang sebenar nya kita manusia ni senang saja nak mengklasifikasi seseorang tu walaupun sebenarnya orang tu tak ada kaitan langsung dengan hidup kita ni. Kadang kadang kita tak kenal pon dengan orang tu tapi mulut ni laju je nak meng-kategori-kan orang tu.

# Gemuk
Bila orang tu gemuk mulut kita laju nak cakap "huh makan banyak sangat laa tu". Lepas tu mula laa nak mengejek, mengata, mengutuk dan segala meng laa..Yaa kalau dia makan banyak pon...anda tu siapa nak mengata sana sini. Si gemuk tu ada hati dan perasaan jugak. Tak boleh ke anda nak jaga sikit??

# Bagi nasihat sikit
Tak salah kan kalau kita nak bagi nasihat sesama sendiri. Ilmu yang kita ada tu tak salah kalau nak dikongsi bersama. Tapi selalu kita akan dapat feedback yang macam ni "elehh sibuk nak bagi nasihat kat orang, macam laa kau tu bagus sangat. Diri sendiri tu pon takde laa betul mana" Kalau semua orang fikir macam tu alamat nya tunggang langgang laa dunia ni. Kan ingat mengingati sesama sendiri tu bagus. Tapi yang bagi nasihat tu haruslah cakap serupa bikin.

# Tutup aurat baik tak tutup aurat jahat
Percaya atau tidak kadang kadang terlintas dekat fikiran kita yang orang tak tutup aurat ni sedikit kurang baik perangai nya. Nampak tidak adil disitu. Yaa memang tutup aurat itu wajib bagi umat islam tapi untuk mengklasifikasikan baik atau jahat orang itu bukan terletak pada cara berpakaian seratus peratus. Kita perlu kenal dulu baru kita tahu baik atau jahat seseorang itu. Tapi bukan ke indah kalau perangai dan akhlak yang baik tu di cantik kan lagi dengan menutup aurat ? Bukan ke bagus kalau dah menutup aurat akhlak dan perangai dijaga dengan baik?

Aku pun takde laa baik mana. Entry kali ni untuk peringatan sesama kita. Mudah mudahan masa akan datang ada perubahannya. InsyaAllah~

p/s: Alaaamakkk..nanti nati laa aku masuk kan gambar pegi camping okay~


Saturday, December 24, 2011

Study week. Layan Movie. Final Exam

Assalamualaikum wbt.

Phewwww..dah lama tak meng-blog-kan diri ni..rasa macam dah ketinggalan berbatu batu pulak..maaf kepada follower yang tak berapa nak ramai tu sebab tak mampu nak meng-update-kan blog ini..takyah bagi tau punca tak update sebab bukan orang nak amik tau pon kan kan! Okay tamat sudah intro merepek disitu~

Study week sudah mula menjelmakan diri mereka, maka itu tandanya exam dah dekat..maka aku harus lah menjadi pelajar yang umpama ulat buku apabila aku harus mentelaah pelajaran yang terbabit. Eh ada ke ayat mentelaah?  Tapi macam tak remaja pulak study awal awal ni..padahal cuti ada seminggu..baik layan movie sedas dua pastu baru study..cantik bukan idea aku..so kalau ada citer menarik sila roger aku..

Oh lupa..nanti kalau bekesempatan aku upload la sebarang dua gambar time pegi camping dekat Tasik Chin Chin sama itu Cameron Highland..gambar time dinner MEBA mmg takda sebab aku kena duduk belakang tabir..sedih~

p/s- Memalam sikit aku update lagi ini blog okay~

Saturday, November 26, 2011

Rasa nak lempang orang bila...

Assalamualaikum wbt.

#Taip mesej guna aq, lew, jew etc.
 Ciss,kau tau tak pengunaan ayat tu boleh membunuh perbualan dgn aku sebab darah aku boleh mendidih dengan tiba bila aku baca ayat tu..

#Status kat fesbuk dengan twitter macam kau sorang je bercinta.
Ni yang paling lemah..adess macamlah kau sorang je yang ade bf/gf..eh tolong laa paham hati nurani orang yang takde bf/gf tu..*ehh tetiba*

#Bila bercakap kau je nak hebat.
Orang macam ni malas nak layan tapi kengkadang terlayan jugak sebab nak tengok tahap mana hebat nye..bila layan terasa bodoh pulak..alahaii..dilema aku macam ni~

#Cakap kuat kuat depan orang ramai.
"kau nak tau, semalam aku main lawan lawan kentut dengan jiran sebelah"..kalo boleh dia nak bagi tau satu kampung yang dia main lawan lawan kentut.Eh tak segan ke cakap kekuat pastu semua orang pandang kau..macam kawasan tu kau sorang je yang ada.



p/s: Ohh besok adik jersi no 21 saya ada game laa..weeehoooo~

Thursday, November 24, 2011

Menang!

Asslamualaikum wbt.

Cerita macam dah basi..tapi aku pedulik hape..aku nak cerita jugak..

Skuad Harimau Muda menang acara bola sepak for the SEA GAMES kat Indonesia
Congrats to all the members in the team.

Okay tu je mampu aku update..heee~

Wednesday, November 16, 2011

wordless Wednesday!


cuba cari aku yang mana satu?
kalau betul aku bagi sebatang coki coki!

Thursday, November 10, 2011

Dah hari khamis dah!

Assalamulaikum wbt..

Bangun pagi belum sempat gosok gigi aku dah update blog tapi ahh lantak laa..bukannya nak taip kena guna gigi ye dak..tapi cuba kau bayangkan aku update blog guna gigi..style bukan?okay habis sudah intro yang meraban.

3 minggu yang lepas aku berkobar kobar nak pegi camping dengan kawan kawan..siap dah bayar awal awal sebab teruja nak pegi camping..bila dah sampai masa aku rasa macam malas pulak sebab aku kena korban mid sem break aku..aku baru sampai KL hari isnin hari tu tetiba hari dah nak kena balik Melaka pulak..belum puas ber'break' tetiba dah nak kena balik kampus dah..tapi sebab dah bayar aku kena la balik jugak..kang rugi duit PTPTN aku tu..nak refund memang tak dapat laa..

Okay sampi sini aje..kang panjang panjang cerita ntah lagi merapu aku tulis..okbai~

p/s: Aku teruja nak berkayak ni..weeehhoooo~

Saturday, November 5, 2011

Mid semester break!!

Assalamualaikum wbt..

Mid semester break dah bermula..weeehhhhoooo~gembira tak terkata beb..rasa macam cuti semester plak padahal cuti seminggu jek pon..tapi tak kesah laa..asal dapat berambus kejap dari penat yang menggila kat kampus tu~

Aku teruja nak balik KL terchenta tu tapi mak kata "Kita raya kat Melaka ehh"..ahhh sentap jantung mendengar arahan berbaur ugutan dari  mak..tapi aku cuba menurutkan kata mak..redha jek laa..ape boleh buat..melawan kang kata derhaka..nampak nyer hari selasa nanti laa baru aku mampu mencium jugak menghirup udara KL tu..

Cuti yg sekejap tapi plan dengan kengkawan kemain lagi..mengalahkan duit aku kat dalam bank tu banyak berkoyan koyan..tapi aku akan berusaha jugak utk bejimba barang sekali dua..ok bye!

terima kasih kepada tuan punya gambar terbabit!

Saturday, October 29, 2011

Keletihan Melampau!

Assalamualaikum wbt..

Entry pendek sebelum jawab test kejap lagi!

Kerja sekolah, test, assignment, presentation, role play semua nya harus di settle kan before mid term break ni..ohh lupa plak..buku program,kad jemputan, poster, banner untuk Dinner MEBA semua kena siapkan sebelum cuti..best nyer weyhhh!!



Saturday, October 15, 2011

otak kosong

Assalamualaikum wbt..

Semenjak dua menjak ni aku ada sindrom otak kosong..ye..otak kosong!
Tapi bukanlah bermakna aku menhadapi sindrom bodoh tak bertempat..
Aku macam blur nak update hape kat dalam blog yg suam suam kuku ni..
Non hado citer yang menarik utk kongsi dengan kau orang kau orang semua..

Kalau ada citer aku updatelah nanti yek!

Saturday, October 8, 2011

Jenuh jawab soalan!

Assalamualaikum wbt..

Minggu peksa belom laa bermula tapi quiz quiz sudah mula melambakkan diri mereka dihadapan aku..ohhh STRESSSS!
Nasib baik kuiz boleh jugak juling julingkan mata tengok orang sebelah..untung untung dapat jawapan betul..kalo dapat salah memang menganga laa aku kan kan..

tapi tapi bukan soalan tu yang jenuh aku nak jawab.. ni soalan cepumas yang sampai kadang kadang aku patut masuk tanjung rambutan sebab tekanan nak jawab..dah laa soalan soalan tu kadang kadang buat aku terberangan..kalo berangan setakat seminit dua takpe..ni mau penuh lagu citer hindustan dalam hotak aku tu..
Ciss kurang ajar la dorang dorang ni..saje nk suruh aku senyum senyum kambing pastu kalo takde orang nampak takpe laa..kalo ada yang nampak mau kena bahan seminggu pulak..

"Kau bila nk tunjuk bofren kau kat aku?"
"Kau bila nak cari bofren?"
"Kau bila nak kawen ni?"


Tau tak soalan soalan tu mampu membunuh hati dan nurani aku ni!!ehhh tetiba pulak~

Saturday, October 1, 2011

Movie.Weekend.Ehh Mahal laa

Assalamualaikum wbt..

Weekend ni adalah weekend yang ketiga lepas kuliah start.Kawan kawan sebok balik kampung halaman tapi aku lepak saja kat rumah sewa sambil menghabiskan duit.okay itu tipu.

Kerja sekolah boleh tahan laa..walaupun aku ni pandai melampau (ehem ehem)  kerja kerja sekolah tersebut buat otak aku jadi weng sampai mata kuar tanda $$.senak otak aku buat kerja graphical solution.tah hape hape graf yang aku buat tadi.
tapi tapi aku berjaya selesaikan semua kerja sekolah dengan gemilangnya tadi.maka dengan itu haruslah aku menonton drama korea kejap lagi.wauuuuu terbaik plan tersebut.

Semalam pegi bejimba kejap dekat JJ Bandar Melaka.Lepas pegi perabih duit dah malas nak tunggu bas balik rumah.Maka berkeputusanlah aku dengan Nora nak naik teksi.

"Pakcik pakcik,nak teksi pegi Lanang eh"
"Okay tapi RM12 laa"
"Haaa..murah siket tak boleh?"
"Tu dah fix laa dik"
"hmm yela.."

Tak hangen pulak kau kan..dari JJ tu ke rumah aku sikit punye dekat kalau kentut pon kau boleh dengar laa..gila mahal cas sampai doblas hengget..ingat aku tourist ke nak cas memahal.cekik darah betul!
Apsal pakcik teksi tu cas mahal sangat eh??sampai sekarang aku tak tau jawapan dia..tolong pikirkan jugak boleh??

Saturday, September 24, 2011

Study.Facebook.Twitter.Study

Assalamualaikum wbt..

Blog dah lama dibiarkan kesepian oleh aku yang konon kononnya sibuk dengan kuliah yang baru saje start 2 minggu sudah..

Minggu pertama aku masuk kelas untuk satu hari saje..biasalah tu..aku kan pelajar cemerlang..memang tabiat ponteng tu sangat sebati dalam jiwa muda ni..fuhh aku ni cakap nak hebat aje..korang nak cakap aku student hampeh la tu kan kan..huh..dalam entry yang lepas aku ada bg tau yang aku kena jadik PMP sebab tu laa aku masuk kelas utk 1 hari aje..  :)

Okay..nampak macam cerita aku kat atas takde kaitan dengan topik entry..kesian aku..

Kelas dah start so rutin aku masa cuti 4bulan harus ditukar..hari hari bangun pukul 6.30 pagi siap siap untuk pegi kelas.Kena berjalan dalam 10 minit baru boleh sampai kampus dan kalau nasib tak baik kena laa naik tangga sampai tingkat 14 ke 15 untuk sampai kelas tepat pada masanya.Kalau tunggu lif memang menangis la sebab orang ramai beratur nak naik lif.

Dah sampai dekat kelas mula la nak check in kat facebook, twitter dan segala social network yang ada.Almaklumlah baru merasa pakai henpon canggih.Selama ni asyik tengok kawan punya henpon je.

Habis kelas bejalan lagi balik rumah.Tekedek kedek bejalan sambil bawak buku yang tebal tebal.Bila malam lepas melantak start la buat kerja sekolah bertemankan facebook dengan twitter.Kerja kadang kadang siap kadang tak sebab lebihkan facebook.terbaik bukan tabiat aku.

heh ok.sampai sini je.bye!

Monday, September 19, 2011

Bloglist gengster masuk u

Aku nak join blog list ni..

Ni yg terawal je dapat ade dlm list..
tah ade tah tak rezeki aku..hikhik..
nak ce tgk kat SINI..

OK BYE!

Saturday, September 17, 2011

Kencing Berdiri

Assalamualaikum wbt..

Disatu petang yang damai nan indah kelihatan seorang gades sedang posing baik punye dihadapan laptop beliau..sesekali kelihatan beliau tersengih sengih ketika memicit papan kekunci..sengihan beliau umpama kerang busuk bak kata orang orang tua..kasihan kerang tersebut..ehhh tetiba pulak..

Yelah..gades itu sedang riang menaip komen serta mengupdate blog setelah beliau dapat keluar dari belenggu kesibukan kampus dan freshie freshie yang nampak agak agak boleh jadi hot stuff di kampus..

Tiba tiba wajah gades itu berubah dari riang kepada pelik lalu dia ketawa terbahak bahak..rupanya hati gades itu kegelian apabila sang semut mengatakan gades itu kencing berdiri dilaman blog semut terbabit..macam lah sang semut tu pernah nampak gades tersebut kencing..HAHAHA..


TERIMA KASIH SEMUT SEBAB CUBA PROMOTE BLOG AKU..bak doodle satu boleh??hikhik..

p/s: Ni entry penghargaan..saja nk bagi semut tersebut gembira..heh..motiffff??
p/ss: Esok pegi wedding kawan aku nak pakai tudung ala Hana Tajima boleh??Untung untung jumpa bakal jodoh..ehh..kelasss kannn!!

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia!!

Assalamuaikum wbt..

Tajuk entry hari ni takde kaitan dgn ape yg aku nak tulis lepas ni..huh..tajuk entry tak tau nak letak ape so aku tulis je ape yg telintas kat hotak ni haaa..okay cukup setakat tu..

***********
Ni entry pertama lepas raya..so tak sah la kalo tak letak gambo hari raya kan kan..
tema tahun ni oren..hidup zahid!!ehhh tetiba..

4 hari beraya kat kampung..aku diarahkan pulang ke rumah sewa kerana ada tugas menanti di kampus..heh..ayat aku ada cam mintak terajang tak..

Sebelum cuti hari tu aku apply nak jadi PMP yg membawak maksud Pembantu Mesraaaaa Pendaftaran..nampak tak betapa mesranya aku sampai apply nk jadi PMP..bila dah dapat kena la balik bertugas kan kan..faktor aku dipilih mgkin sbb muka nampak cam gengster..wajah2 yg cam aku ni laa kena pilih baru la freshie2 ni cuak sket..nampak tak aku menipu disitu..sekarang layan gamba jek laaa ehhh..

 Betul punya serius berdiskusi haa

 Letih handle freshie pegi bantai tido

 Maaf..pemegang Light Saber berbaju putih tu pesilat cekak ye..

 Nampak tak betapa gengster nye muka aku ni..



Biro Logistik bersama penghulu & penghuluwati

To be truth laa kan.. I adore this PMP group so much laa..even kenal tak sampai 2 hari..ktorg mampu cooperate with each other very well..mereka2 ini sgt gila gila..sgt open minded..byk jugak benda baru yg aku belajar dari mereka2 ni..ehhh jap2..tak semua ahli PMP ada dlm gambo ni eh..ok bye!

p/s: baru 3 weeks tak jumpa Anas..dia dah makin debab weyhh..
p/ss: Aku tau entry ni tak brape best..tapi korg layan je laaa ehh..

Saturday, August 27, 2011

Ucapan Hari Raya..

Assalamualaikum..

Ni entry yang terakhir sebelum balik kampung dan aku pun terputus hubungan dengan dunia internet..ehhh ada ke dunia internet?ahhh gasak laa..

Kejap kejap lagi nak drive balik kampung..Melaka jek pon..Melaka Melaka je pon tetap takde internet taukkk!!Mungkin aku akan pengsan sambil berbuih mulut kerana tak jumpa internet..ohh tragis betul..kahkahkah..over sangat niii~

Kepada sume rakan rakan blogger..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..errrr batin perlu jugak ke??Mintak maaf kalau ada tersalah silap ketika mengkomen di entry2 anda takpon entry2 aku yang tak berapa menarik di halwa mata korang..ehhh budus jek ayat ni..

Aku tau blog aku tak sehebat brader jepon ni..aku jugak sedar aku tak banyak doodle macam mamat semot nih adehhhhh..tertag pulak semut sengal tu..ehehehehh..tapi tak kesah laa..kita masih 1Malaysia..hehhhh..tetiba pulakkk..

Okay bye!

Thursday, August 25, 2011

Bersama gades glemer!

Assalamualaikum~~

Disatu petang yang suam suam kuku..sedang aku melayan cerita Alamak!Awek aku pontianak yang aku sendiri tak sure citer tu best ke tak, tetiba....

"put your hands up put your hands up..put put put" henpon aku berbunyik irama kelab yang sangat mengasyikkan..ehhh..asyik ke..

Panggilan dari sorang gades glemer yang mengajak aku pegi deliver barang di satu tempat yang agak glemer juga di tv..

Dengan rasa yang macam macam ada..aku pon pergi bersiap pakai baju dan tudung..ohh seluar juga tak dilupakan..

Sesampainya gades itu di depan rumah..aku pon mencampakkan diri ke dalam asetnya yang kedua mahal..huuuu..

Sesi berborak bersama gades itu bejalan sepeti biasa sehinggalah sampai di tempat yang dijanjikan..aku tengok kat tempat tu ramai budak budak..ada yang tinggi ada yang pendek..ada yang bantut tak lupa juga yang kemetot..yang cerah ada, yang gelap ada, yang tak berapa gelap pon ada..

Gades tu pon turun dari aset mahal dia..time tu jugak terdengar suara suara kecil.. "ehhh nak salam nak salam" "nak cium siket boleh" "ehhh lama tak nampak..sehat ke??". Gades itu dikelilingi oleh insan insan yang sgt berminat terhadap dia..hmmmm..aku yg tengok pon naik rimas..macam mana laa gades itu bertahan ye...

Selesai segala urusan kitorang pon bergerak balik..sampai je dipagar tempat tersebut aku terbaca "SK La Salle 1 Jinjang"...

Ohhh baru aku teringat..gades yang juga kakak aku tu ex cikgu sekolah tu..dia antara cikgu disiplin yang agak garang..huh..patut laa ramai sgt berminat dengan dia..cikgu disiplin tu..patut la semua budak kenal...

Sekian saja merepek..ok bye!

Thursday, August 18, 2011

Mandi Muntah

Petang selasa yg gelap sambil tunggu azan maghrib melayan perut berbunyik-bunyik..

"Anassss..alaaa comel comel acik ni..sengih sengih pulak" nampak tak aku ni makcik yg suka main dengan budak kecik..

"heeeeyyyy" balas Anas dengan hidung kembang kempis tapi maseh comel..

Lepas bape2 minit mengagah..Anas mula demand utk didokong sambil dipeluk peluk penuh manja..

Sebagai makcik yg baik lagi sopan..aku pon penuhi la demand dia yg kalau boleh tiap2 masa nk orang dokong..

"1 2 3..yahhhhhh" erkk mcm berat sgt pulak budak kecik tu..

"Yeayyyyyy...acik angkat Anas" nampak tak budak 2 bulan dah tau cakap..

Lepas beberapa kali membetulkan posisi..aku hadapkan Anas ke muka aku..time tu jugak terdengar bunyik..

"Burrpppp" yg berupakan satu amaran keras tapi aku tak boleh decode pon amaran tu..

10 saat lepas tu..."bluekkkkkkkk..." penuh muntah Anas kat baju dan jugak seluar jeans aku..menarik bukannnn..

Lepas pass Anas kat abah dia..aku pandang Anas lalu cuba tenangkan perasaan dia.. "Takpe nanas..jgn rasa bersalah..acik tak kesah pon" dan Anas pon tersenyum dengan bahagianya!!

Nampak tak betapa tenangnya aku bila Anas mandikan aku dengan muntah sebelum berbuka..ok bye!


Wednesday, August 17, 2011

Masalah Telinga

"haa..mai  sini beli kat sini kak, mai mai sini kak oiiii"

"ehh..ni roti ape ni??"

"haa mai sini macam2 bun ada..ada rasa buah ada rasa kacang..meh sini tgk kak"

"ooo brapa hengget satu kotak ni??"

"semua jenis lima riyar kak"

"ooo okay..ni mix bun ni ade ape dalam nye ni??"

"dalam ni ada enam biji kak..semua lain lain rasa..yang ni rasa bluberi..yg ni pulak rasa epal..yg tu rasa strawberi..blah blah blahh..yg tu plak rasa cekelak.."

"hah..rasa CEMPEDAK??"

"ehh bukan kak..tu rasa cekelak..alaaa..coklat coklat..rasa cempedak kita belum buat lagi kak"

"oooo..akak dengar rasa cempedak..tu yg tekejut tu..kalo camtu bak satu mix bun la"


Aku yang dengar sesi borak2 kakak aku ngan brader jual roti tu terus gelak bagai nak rak..rasa haus pulak gelak banyak banyak!

Monday, August 15, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah

NAMA:
ILTIZAM WAHYUNI BT JAMHOR
*errr..ada mintak nama penuh ke?*

HOBI:
Mencari pasal dengan org sekeliling


errr..terbaik bukan hobi tu??
 
Kalau nak join segmen ni klik SINI


p/s: Agak-agak ada org nak follow aku tak??

Sunday, August 14, 2011

Mungkinkah??

"Eh kau..nanti datangla kenduri aku..bulan 9 ni..dah la tunang hari tu kau tak datang" (Bedah,kawan sekolah rendah)

"Dijemput pelajar batch 05/06 Sekolah 'sekian sekian' utk datang ke
majlis kahwin Minah bt Maun lepas raya ni.Dia harap anda semua 
dapat hadir" (Pengumuman dlm group fesbuk)

"Zam..nanti aku dah deliver baby kau mesti dtg tgk anak aku tau..masa wedding aku hari tu kau tak dtg..ni kira cam redeem la..datang tau!" (komen teman sePLKN)


Tu baru sikit je..banyak lagi kawan kawan yang ajak pegi wedding diorang..tak mampu nak tulis segala kat dalam ni..ehh..ayat tunggang langgang ni..

Dapat invitation berguni guni dr kawan kawan..automatik aku pikir "errr..mungkinkah sekarang pesen kawen muda??" tapi dah jodoh..nak buat macam kan kan..heee~

Bila cerita kat mak..mak dengan selambe je "haa..kau pon nak kawen jugak ke??ade calon??" nice bukan soalan tu..sentap anak tekak aku dengar soalan tu..kelu seribu bahasa kejap..sadis sungguh!

Okay bye!sikit sikit cukup..

p/s: Nama di atas rekaan semata mata~


Friday, August 12, 2011

Gelagat Terawih

Allahuakbar Allahuakbar..*bacaan iqamat sampai habis dari jejaka muda tapi sudah dipanggil tok bilal..*

Maka tok imam pon memberikan arahan "luruskan saf rapatkan saf"sambil mulut terkumat kamit membaca doa..

Makmum jejaka dan bapa jejaka berusaha merapatkan saf sehingga bahu bertemu bahu sampaikan kalau bila tahiyat akhir boleh terduduk atas kaki orang sebelah..kalau yg terduduk tu ringan bak kapas tak mengapalah..kaki org yg diduduk pula penuh cagu..adesss..parah lah jawab nya..

Dibahagian atas masjid pula ada makmum gadis-gadis dan mak gadis yang cuba untuk memenuhkan saf yang macam susah je nak penuh..Almaklumlah..gadis bukan..pasti mahu mencari spot terbaik untuk bersolat yakni berdekatan dengan kipas supaya ketiak tidak berbau..

Setelah dapat spot terbaik untuk bersolat maka adalah bahagian2 yang kosong dimana terputuslah saf nya..kalau dah mcm tu mana nak datang pahala berjemaah ni gadis gadis oi..nak jugak suruh makcik2 yg dah berumur cakap pon sikit2 nak batuk sergah korang untuk penuhkan saf..

Kisah diatas berdasarkan pemerhatian sebelum bersolat..pissss yow!!

p/s: Bukan menuding jari tetapi gadis gadis yang dimaksudkan adalah gadis-gadis dari kolej kolej berdekatan..




Thursday, August 11, 2011

Almost two week!

Maaf..aku bukanlah blogger tegar yg sentiasa punya idea untuk diblogkan!
Mungkin aku sedang mengalami masalah 'mahu berblog tapi tiada idea'
haaaa..nampak tak permainan bahasa aku yang agak tunggang langgang disitu..

Dekat 2 minggu dah umat Islam berpuasa..dan baru hari ini aku rasa nak menulis entry mengucapkan selamat berpuasa kepada anda2 semua..tapi maseh tidak terlambat bukan..hikhik~

Bulan puasa ni tak banyak pon aktiviti aku sama jugak macam bulan-bulan yg sebelum ni sbb cuti yang panjang ni aku dok melepet aje dekat rumah sambil menghabeskan beras mak dirumah..terbaik bukan!

Tapi aku bukan duduk sahaja malah membantu kakak aku yang begitu berazam mahu membina empayar perniagaannya sendiri..huihh semakin over penceritaan aku..heh..takde laa..kakak aku tengah usahakan perniagaan puding caramel bersama trifle dan jugak menjual kuih-kuih raya..tak lupa juga menjual air katira..
maaf..gambar ini sekadar hiasan

Ohhh sebelum tu..anda tahukah apa itu air katira??kalau dah tau bagus..kalau belom tau ce try gugle..ape guna internet laju2..manfaatkan sepenuhnya..elakkan pembaziran..

Dalam usaha untuk membuatkan cita2 kakak aku tercapai..aku mendapat jawatan sbg AJK Kebersihan sekaligus menjaga akaun..ehhh ape punye jawatan la dia bg kat aku..malahan gaji bukanlah dalam bentuk wang ringgit tapi berupa hadiah..tapi tak kesah laa..asal aku punye makan tanggung berak cangkung..err..lagi sekali permainan bahasa yg tidak menarik..

Okay..sampai sini cukup..takleh lebih lebih..betambah merepek lagi nanti..okay bye!


Thursday, July 28, 2011

Perlawanan yang meng'emosikan' aku!

Okay..aku baru lepas tengok game bola sepak..
Pusingan kelayakan piala dunia ye! Malaysia vs Singapura..

Keputusan nye Malaysia kalah aggregate 6-4..aku sedih tak hengat nii~
Dah kalah tu takpe laaa..adat pertandingan laa kan..tapi yg buat aku emo tak sudah ni..cara player singapore tu main..haihhh..

Aku agak mental okay tgk diorang main..nasib baik bukan aku dalam padang..kalo tak mmg kena maki gamak nye...ish2..tapi siyes aku rasa nak nanges lepas game tadi habis..sobsob..

Yang buat aku marah tu..dah la melambat-lambat kan game..pastu sikit sikit nak injured..sikit sikit sakit..sikit sikit pegang kepale laa..perut laa..lutut laa..mengada-ngada betol..

Ohh..mungkin yg baca entry ni akan cakap alaa..dah kalah tu..macam2 la alasan..so what??aku cakap ape yg aku nampak okay..kalo tak suka..tak payah baca..tekan pangkah kat skrin belah kanan tu..paham?

Ohhh okay..sambung balik..aku mmg rasa nak angin tengok game macam tu..sportmanship mcm hampeh jek sekor sekor..ni aku nak cakap sikit ni..kalo main tak boleh sakit..tak boleh nak kena langgar sikit..baik pegi masuk tarian ke..main batu seremban ke..main masak2 ke..main kawen2 ke..kan best..takde la asek2 pegang kepala..pegang perut..huihh..emosi betul ni..

Anyway,still big applause to our player which they did their best until the end of the game..at least we are using 100% local player...even our coach also Malaysian..I'm proud to be Malaysian supporter..

Baiklah..ni komen aku untuk game ni..aku takde la tahu sangat pasal bola..tapi yg bakal aku tulis ni adalah dari segi pemerhatian aku sahaja..defender kita agak lemah dan agak cuai..kita punyer serangan pon tak tajam sgt..passing pon agak bermasalah..bila dapat bola..takde yg support kat belakang..ade lagi yg aku nak tulis..tapi tak tau nk tulis cane..ishh..masalah jugak ni..

Okay la..sampai sini jek dulu aku tulis ehh..tulis byk2 kang emo lagi aku ni..baik aku renti kan aje dulu..ohh anyway player no 11 ngan no 7 dan jugak goal keeper singapore..tak payah nak belakon lebih sgt laa okay..pegi masok kelas lakonan ke..teater ke ehh..mengada-ngada jek lebih~PUII!!!




Friday, July 15, 2011

Dulu..pastu sekarang~

Dulu..
masa tadika cita cita aku nak jadi anggota keselamatan..
ini semua terpengaruh tengok abg askar dan incik polis nampak segak..
Dulu..
masa sekolah rendah cita cita aku masih sama cuma lebih spesifik..
berangan2 nak jadi inspektor polis..
semua sebab aku terpengaruh tengok cerita GERAK KHAS..
Dulu..
masa sekolah menengah cita2 dah bertukar..
berangan pulak nk jd engineer..ini sebab masuk sekolah teknik..
Dulu..
masa diploma..bercita2 nak jadi akauntan..
semua gara2 blaja kos accounting..
time tu aku selalu pikir..kenapa aku tak dapat masuk universiti..
masa tu jugak aku bulatkan azam masa degree nanti aku mesti masuk universiti..

Sekarang..
aku rasa cita2 masa sekolah dulu mungkin tak tercapai..
mungkin cita2 masa diploma tu bakal jadi kenyataan..azam masa diploma dah jadi nyata..
 Harap2..dengan setahun lebih yg tinggal untuk habis kan degree ni..aku dapat lalui dengan tenang dan jugak sabar.. :)

Friday, July 8, 2011

Sesi berborak bersama Nabihah

Assalamualaikum..
Sari berita utama..*hek..motif apekah semua ini*
***********
Kejadian berlaku time petang petang sambil pekena secawan teh bersama sepisang goreng*errr..adakah sepisang goreng??*

Si ayah bihah besama si bihah tgh berusaha mengemas barang utk balik ke umah nenek bihah di cheras..sedangkan mami bihah sdg mengadap tv manakala acik bihah tgh berposing baik punye depan laptop..
Maka dgn itu terjadilah perbualan tersebut..
Si ayah bihah: Okay kakak..siap2 cepat..kita nak balik umah nenek ni!!
Si bihah: Okay..tp kita jalan2 la dulu ayah..tgk kakak punye lampu bilik..

Si mami bihah ngan si acik bihah terasa pelik dgn permintaan si bihah..
Lalu si ayah menjawab "Ehh nak buat ape pulak..umah ayah lambat lagik siap.."
Si bihah menjawab "Alaaa..takpe laa..kita SERVER SERVER la dulu.." penuh yakin wajah budak itu..

Si acik bihah terpinga-pinga..si mami bihah berkerut muka manakala si ayah dgn serius berfikir.. "server server tu ape??"
Lepas kening betemu kening bila berfikir..baru dapat jawapan.. "SURVEY SURVEY laa bihah..ehhh ape da server server" jawab si ayah dgn suara ala2 itik..

Si acik ngan si mami bihah sudah gelak bagai nak rak sampai mengalir air mata..yg si bihah dgn rileks nyer..  "haaa..survey..hikhik"..ohh sungguh gedik cara gelak itu..
*******************
Haihhh laaa bihah..


p/s: Cerita ni dah lama..tapi baru nk citer skrg..hekhek..

Wednesday, July 6, 2011

Somehow

SOMEHOW..BAD GUY LOOKS GOOD IN MY EYES

**********
Ahh...sudah..datang dah gila meroyan aku ni..nampak sangat bosan tak hengat!!

p/s : Baru dapat satu berita kematian..Al-Fatihah kepada Allahyarham..semoga roh nya ditempatkan bersama orang beriman.

Aku memang dengki!

Salam sejahtera utk semua..*ewaahhh..mcm baca berita*

Aku bercuti dah sebulan lebih..cuti yg tggl pon ade la dlm sebulan lebih lebih jugak..*motif ayat niii???*

Tengok tajuk entri ni..gerenti korg nak kata aku busuk hati kan kan..ahh lantak kan aje..

Aku dengki bukan sebab apa..kawan2 aku yg lain cam senang je dapat kije opis..apsal aku susah sgt..tak layak sgt ke??

Aku dengki tgk kawan2 update status "penat kira tax ni","first time buat full set account","huihh..byk akaun nk kena audit ni"..mane aku tak dengki..kan kan..

Ada jugak kengkawan yg tak tau sejarah aku ni..suruh aku keja jaga cashier ke..alaaa..keja2 yg melibatkan kena serve customer tu..aku mmg tak boleh blahh keja cenggitu..bukan nak memilih..tapi aku kenal diri aku sendiri..aku memang tak boleh blaaahhh keja cam tu..nak buat cam mana..

Aku bukan la keja semata2 nak kan gaji..nak jugak enjoy..hati pon ikhlas bila kerja..baru la dapat berkat..*insaf siket ni*

Haihh..naseb la ada sorg dua kawan yg paham niat di hati ku ini..*ayat mintak penyepak*

Okay..cukup sampai sini saje lah ye..nanti update lagi..

p/s : Sedar atau pon tak..ramai antara kita yg mengucapkan syukur hanya kat mulut aje..tp penah ke kita bersyukur melalui perbuatan..misal nye macam solat ke..berdoa ke..hmmm..moga moga ni jadi peringatan untuk korang semua dan jugak untuk diri aku sendiri..


Tuesday, June 21, 2011

Nasib nasib..

Greetings lagi to the readers..
woohhooooo~
okay update kali ni mcm nk citer siket jek la kot..
okay kan okay kan??
*hekhek..*
*****
okay..last friday result exam dah keluar
alhamdulillah semua nye okay..
even tak achieve dean list tapi agak proud jugak la..
dlm tak yakin dgn few subject..
at last lepas jugak semua..
syukur alhamdulillah..
dgr citer ramai classmate yg dapat okay..
tahniah korg2 semua..
 *hamboihh..senyum sampai telinga*
*****
okay..next next..
smalam dok la lepak borak2 ngan bestfriend aku..
so keluar la citer kat tempat kije aku dulu..
tempat yg aku kije dua hari je tu..
heeee~
mcm2 citer aku dengar..yg bg saket hati pon ade..
nasib la aku blah awal dr tempat tu..
kalo stay kat situ lagi..
mau gamak nye..
aku begadoh dgn org kat situ..
ish2..
nasib la ko buat perangai ngan member aku yg malas nk pnjg citer..
kalo dpt kat aku..mmg perang besar gamak nye..
huahhuah..
nasib2..
*****
okay dah..bye!



Thursday, June 9, 2011

Perangai orang kita!

heeee~TORA datang lagi..ngeh2..
dah lama rase nye tak update blog nieh yek..
bukan ape..idea tak dtg mencurah2..
so ape lg..abaikan saja la blog ni kan kan..
*konon nk jd cam chatterbox la*

Anyway..takde ape yg nk di borak kan sgt..
sbb aku mmg malas nk tulis pepanjang ni..
tp aku cam nk luah kan la siket isi hati nurani ni..
*uihhh..ayat mintak penampar jek*

Nak dijadikan cerita la kan..
hari tu aku ade la call beberapa firm and company..
konon2 nk tanye ade tak kije kosong..
or nk pakai temporary staff..
*niat nk cari duit lebih la kan*
aku pon dgn sopan santun bebudi bahasa la becakap..
jap lg yg tolong jawap tepon tu cam hampeh saje..
ckp cam nk taknak je..
pastu nk kerek2 pulak..adesss..
kalo ikot pale angen..mau je aku sembur sedas dua kat dia..
tp naseb baik mak dtg menenangkan dgn segera..
mak ckp"rileks la..jgn nk angen2..susah nk kije kalo perangai cmni"
aku pon akur ajek lah kan..*errrkk*
tp yg sedih nye..yg buat perangai cmtu..
org melayu kita..tu yg bikin spoil tu..
salah ke nk ckp elok2..guna intonasi molek2 sket..
mcm mati pulak bila kena ckp elok2..ish..
kalo stakat 1 firm je takpe..ni ade la dlm 2 3 firm..
pstu yg buat perangai cmtu org melayu kita pulak..
haiihhh..spoil..spoil..

dah la..nnti aku sambung lagi..
ps: bukan nk ckp ape la..anda pon kije makan gaji..apsal la nk kerek2 sgt..
tu baru kije ngan org..kalo anda ada kompeni sendiri..
mcm mane la gamak nye kan..sedar2 lah wahai anda~

Wednesday, May 11, 2011

The 5th semester ended!

Greetings to all the readers out there..*winkwink*
it's more than 1 month right..
this blog get dusty without new post from me!
how nice huh?
well i've been busy all this while..
plus there's no idea came out from my mind!
*ecehh jadah ape aku nak beromputih sgt ni*
weeeee~
ouhh okay..semester yg ke 5 dah abes dgn jaya nye pada senin lepas..
tebaiklah kan..
soalan2 exam pon ade gak yg cam nak membunuh jek..
tapi aku cool je..
*aisehhh..cool lah sgt*
dah cube yg terbaik..so sekarang beserah jek la..
hopefully Allah s.w.t perkenankan doa aku..
*******
errr..okay..sepanjang tak terupdate nye blog ni..
byk gak la akvtiviti yg telah dijalan kan oleh aku..
besama kawan2 yg boleh tahan jugak weng nye..
teheee~
tapi tak dapek la nk citer sume kat sini..
stakat satu duo yo boleh laa..
so..aku join birthday party nani
which is she's my buddy..
birthday ni buat kat pantai klebang..
so angin laut kan..boleh tahan laa..
siap ade banner tu yg tak tahan tu..
tapi mmg best la..
so next activity is..SAP closing ceremony..
maksod nye sukan antara program la..
program akaun dapat juara keseluruhan..mmg nice lah kann!!
ni antara penyokong yg datang laa..
semangat tak aku..padahal bukan join pon..
stakat dtg wat memekak ajek..
*****
then ade jugak la kejadian yg mcm agak tak nice terjadi..
tapi never mind..tu la asam garam hidup kan..
tak kan sume nye nak elok je..
tak adventure lah kann!!
oh lupa nk bagi tau..
aku dah selamat ade kat KL petang tadi..
dgn menaiki bas KKKL..
weee~cuti 4 bulan pulak..
mmg kena carik kije la kann..
*****
okay..by the way..for you boy..
kau gaduh dgn awek kau..pastu nak salah kan org lain..
nak maki org mcm2..kau ingat kau hebat sgt..
dah la kau tu bodoh sombong..ckp ikut sedap mulut je..
ingat ktorg hadap sgt ngan ****** kau tu..
ehh boleh jalan laa..dari mula aku tgk kau lagi..
mmg aku tak boleh blah ngan kau tu..
konon kau bagus laa..lain kali pikir dulu sblm cakap..
kau tu orang yg cakap tak serupa bikin..
kau sedar ke tak haaa???
sengal!!



Friday, April 8, 2011

Mencari tajuk entry!

Greetings to readers!!
Well,rasa cam dah lama je tak update blog ni..
bukan ape ye anak-anak..*errr..klaka tak*
jiwa ni mmg la nak sgt update belog..
tp otak yg taknak bg cooperation..
*ecehhh..alasan je lebey*
korg baca tajuk entry pon dah boleh agak la..
aku ni sebenarnye takde idea nk update belog laa..
tu yg dok biar je blog ni berhabuk..
*****
Ohh okay..1 week left before the study week start..
*woohhhooooo*
seriously can't wait to breath with KL air..
*gila ke hape..ingat bersih sgt ke udara kat kl tu*
ahhh..no matter what..can't wait for that week..
but before that week comes to me..
all the assignment need to be hand in to lecturer..
and it's finally our turn to present the final project for IBM subject..
it's kinda nervous+headache
coz all group before us has done their project..
gempak kot presentation dorg..
so, korg ada idea tak nk wat cane..
kalo ade..do PM me ok..
*ecehhh..bajet artis pulak*
*****
Okay dah laa..malas nk taip pepanjang..kang bosan pulak korg nak membaca nye..tu pon kalo baca laa..weeeee~


p/s: Ni untuk awak laa..
*err..gamba ni ada dlm tumblr gak*

Tuesday, March 29, 2011

Another tiring week!

Again, tajuk entry nak mintak simpati lagi..heh~
*tak kesahlah..blog aku kan*
I'm having quite tough week now..
but still manage to update my blog
*wooohoooo*
Let's see my schedule for this week!!

Monday: Test for TAX 490 *this paper is killing me*
Tuesday: LAW 485 *miss suruh baca mcm test*
Wednesday: Forum on accounting *double yawn*
Thursday: Presentation PBL 2 AIS 510, BAB 451 oral test
Friday: Quiz TAX 490, AIS 510 test *going crazy*
Weekend: Need to shoot for Arab video
interesting huh??


Oh, lupa plak..time table utk final exam dah keluar..
nak tengok tak????

27 April- LAW 485
30 April- MAF 620
03 May- AIS 510
04 May- IBM 535
06 May- TAX 490
09 May- FAR 430

heh..ni pon macam menarik jugak kan kan??
anyway, just wish me luck je la kan..
hopefully korg pon boleh buat yg tebaik..
*ecewahhh..kemain ayat aku*

ps: Hari ni nampak awak kejap je..tapi tak kesah laa..penat saya lagi penting..heeee~pissss

Saturday, March 26, 2011

Maseh boleh update blog!

Greetings to all readers!
*wootwoot*
Okay..menjadi kebiasaan lah kan bila dah hujung2 semester ni
assignment beratur panjang..
test ngan kuiz menunggu giliran..
memang buat aku separuh mati..
*adehh..ayat nak hiperbola saje*
tapi aku maseh lagi gagah utk update blog ni..
*winkwink*
*****
Sepanjang semester ni
banyak benda yg jadi tak macam yg aku expect..
So, mcm2 rasa yg timbul bila jadi mcm tu..
maybe sbb kecewa yg melampau..
aku kadang2 sampai rasa nak give up pon ada..
kadang2 rasa mcm segala effort yg aku bagi takde hasil..
kata orang perasaan mcm tu mmg normal as student..
lama2 perasaan tu pegi jauh dari aku..
mungkin segala yg jadi adalah ujian kecil dari Allah utk aku..
so apa yg penting habes kan semester ni dgn jayanya..
*****
Ohh..aku nak share sket ngan korang2 ni..
mungkin utk renungan kita bersama..

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

ps: kredit to www.iluvislam.com


Tuesday, March 22, 2011

Berhabuk!

Greetings readers!
Okay blog ni dah dibiarkan berhabuk nak dekat seminggu yer.
Bukan ape..idea tak mencurah2 pon dalam hotak ni..
so tade la entry baru lagi menarik utk tatapan korg sume..
plus mood pon tak bape nak baik petang ni..
maka terpaksa la aku abaikan 
cita nak update blog panjang lebar..

till then, see you again!



Wednesday, March 16, 2011

Tetiba je nak..

Bila nampak gambar mereka tadi..
tetiba rasa rindu sesangat..
Mak Ayah sehat tak kat sana??
3 minggu tak dengar cerita..

Ya Allah..peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara aku semasa kecil 

Hopefully perjalanan balik Mak ngan Ayah dari Mekah selamat!


Tuesday, March 15, 2011

Bila Tsunami datang menjengah!

Okay..tajuk entry ada macam berita buletin utama tak?
heh..ok2 serius disini..
****
So baru2 ni kita or dunia dikejutkan dengan berita gempa bumi ngan tsunami
yg menyerang negara matahari terbit..JEPUN
*ayat kali ni agak terlalu skema yer*
Gegaran gempa bumi agak2 dalam 8.9 magnitud pastu 
tsunami pulak dalam 10 meter tinggi nya! 
Kira2 lebih dari 10 ribu org yg maut..
*hincik2 ARASHI ok tak??*
Kalo ikot laporan la..gegaran tu antara yg terkuat dalam byk2 gempa bumi yg berlaku..
lepas tu ada beberapa gempa susulan yg berlaku..
*haa..nampak nampak..tinggi kan air laut tu*

*part of tsunami & earthquake effect*

Okay..as a Muslim la kan..apa yg kita boleh nampak dari kejadian2 ni??
Apa yg aku nampak laa..Allah bagi warning kat sume umat Islam ni..
Ramai hamba2 Allah ni dah semakin jauh dari Nya..
mungkin dgn kejadian ni dapat bantu kita lebih dekat dgn Nya
kita kena la berjaga2..selalu2 la buat amal soleh..
Bayangkan laa..dlm masa 2 minit..byk benda yg musnah..byk org hilang nyawa..
betapa besar kuasa Allah s.w.t 

ps: sekadar ingatan sesama kita..mudah mudahan hidup ni lebih diberkati..


Friday, March 11, 2011

Cari laa Bofren!

Sekali lagi tajuk entry penuh kontroversi..
oh yaa..bukan nk cari publisiti ye..cuma saje nak cari pasal
heeee~
******
Heh..sejak2 umor dah nak masok 22 tahun ni..
orang keliling dok sebok suh cari bofren..
asal dok melepak je..mesti nak ada ayat..
"ko bila la nak ada bofren ni"
 tak pon
"ko umor2 camni patot dah kena cari bofren laa"
adesss..tu yg lemah tu..
macam la takde topik lain yg nak cakap..haihhh..
hape dorg ingat cari bofren ni macam petik daun kat pokok ke hape..
boleh main nak petik2 aje..
kalo cun macam erra fazira takpe jugak nak petik2..
*aisehhh..Miss Malaysia jugak ko pilih kan*
rileks bebeh..buat nak cuak2 sgt..
bukan nak kawen esok pon..ishh..
******
Aku ni bukan la memilih pon..
orang yang tak nak pilih aku..
nak buat camane..takkan pulak nak paksa org suka kat kita pulak kan.
So, moral of the story..jangan nak cakap sal bofren banyak kali la..
kang ada yang makan kasut saiz 9..
*errkk ini bukan emo yer..saje cari pasal*

******

*okay gambar ni takde motif*