Saturday, August 27, 2011

Ucapan Hari Raya..

Assalamualaikum..

Ni entry yang terakhir sebelum balik kampung dan aku pun terputus hubungan dengan dunia internet..ehhh ada ke dunia internet?ahhh gasak laa..

Kejap kejap lagi nak drive balik kampung..Melaka jek pon..Melaka Melaka je pon tetap takde internet taukkk!!Mungkin aku akan pengsan sambil berbuih mulut kerana tak jumpa internet..ohh tragis betul..kahkahkah..over sangat niii~

Kepada sume rakan rakan blogger..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..errrr batin perlu jugak ke??Mintak maaf kalau ada tersalah silap ketika mengkomen di entry2 anda takpon entry2 aku yang tak berapa menarik di halwa mata korang..ehhh budus jek ayat ni..

Aku tau blog aku tak sehebat brader jepon ni..aku jugak sedar aku tak banyak doodle macam mamat semot nih adehhhhh..tertag pulak semut sengal tu..ehehehehh..tapi tak kesah laa..kita masih 1Malaysia..hehhhh..tetiba pulakkk..

Okay bye!

Thursday, August 25, 2011

Bersama gades glemer!

Assalamualaikum~~

Disatu petang yang suam suam kuku..sedang aku melayan cerita Alamak!Awek aku pontianak yang aku sendiri tak sure citer tu best ke tak, tetiba....

"put your hands up put your hands up..put put put" henpon aku berbunyik irama kelab yang sangat mengasyikkan..ehhh..asyik ke..

Panggilan dari sorang gades glemer yang mengajak aku pegi deliver barang di satu tempat yang agak glemer juga di tv..

Dengan rasa yang macam macam ada..aku pon pergi bersiap pakai baju dan tudung..ohh seluar juga tak dilupakan..

Sesampainya gades itu di depan rumah..aku pon mencampakkan diri ke dalam asetnya yang kedua mahal..huuuu..

Sesi berborak bersama gades itu bejalan sepeti biasa sehinggalah sampai di tempat yang dijanjikan..aku tengok kat tempat tu ramai budak budak..ada yang tinggi ada yang pendek..ada yang bantut tak lupa juga yang kemetot..yang cerah ada, yang gelap ada, yang tak berapa gelap pon ada..

Gades tu pon turun dari aset mahal dia..time tu jugak terdengar suara suara kecil.. "ehhh nak salam nak salam" "nak cium siket boleh" "ehhh lama tak nampak..sehat ke??". Gades itu dikelilingi oleh insan insan yang sgt berminat terhadap dia..hmmmm..aku yg tengok pon naik rimas..macam mana laa gades itu bertahan ye...

Selesai segala urusan kitorang pon bergerak balik..sampai je dipagar tempat tersebut aku terbaca "SK La Salle 1 Jinjang"...

Ohhh baru aku teringat..gades yang juga kakak aku tu ex cikgu sekolah tu..dia antara cikgu disiplin yang agak garang..huh..patut laa ramai sgt berminat dengan dia..cikgu disiplin tu..patut la semua budak kenal...

Sekian saja merepek..ok bye!

Thursday, August 18, 2011

Mandi Muntah

Petang selasa yg gelap sambil tunggu azan maghrib melayan perut berbunyik-bunyik..

"Anassss..alaaa comel comel acik ni..sengih sengih pulak" nampak tak aku ni makcik yg suka main dengan budak kecik..

"heeeeyyyy" balas Anas dengan hidung kembang kempis tapi maseh comel..

Lepas bape2 minit mengagah..Anas mula demand utk didokong sambil dipeluk peluk penuh manja..

Sebagai makcik yg baik lagi sopan..aku pon penuhi la demand dia yg kalau boleh tiap2 masa nk orang dokong..

"1 2 3..yahhhhhh" erkk mcm berat sgt pulak budak kecik tu..

"Yeayyyyyy...acik angkat Anas" nampak tak budak 2 bulan dah tau cakap..

Lepas beberapa kali membetulkan posisi..aku hadapkan Anas ke muka aku..time tu jugak terdengar bunyik..

"Burrpppp" yg berupakan satu amaran keras tapi aku tak boleh decode pon amaran tu..

10 saat lepas tu..."bluekkkkkkkk..." penuh muntah Anas kat baju dan jugak seluar jeans aku..menarik bukannnn..

Lepas pass Anas kat abah dia..aku pandang Anas lalu cuba tenangkan perasaan dia.. "Takpe nanas..jgn rasa bersalah..acik tak kesah pon" dan Anas pon tersenyum dengan bahagianya!!

Nampak tak betapa tenangnya aku bila Anas mandikan aku dengan muntah sebelum berbuka..ok bye!


Wednesday, August 17, 2011

Masalah Telinga

"haa..mai  sini beli kat sini kak, mai mai sini kak oiiii"

"ehh..ni roti ape ni??"

"haa mai sini macam2 bun ada..ada rasa buah ada rasa kacang..meh sini tgk kak"

"ooo brapa hengget satu kotak ni??"

"semua jenis lima riyar kak"

"ooo okay..ni mix bun ni ade ape dalam nye ni??"

"dalam ni ada enam biji kak..semua lain lain rasa..yang ni rasa bluberi..yg ni pulak rasa epal..yg tu rasa strawberi..blah blah blahh..yg tu plak rasa cekelak.."

"hah..rasa CEMPEDAK??"

"ehh bukan kak..tu rasa cekelak..alaaa..coklat coklat..rasa cempedak kita belum buat lagi kak"

"oooo..akak dengar rasa cempedak..tu yg tekejut tu..kalo camtu bak satu mix bun la"


Aku yang dengar sesi borak2 kakak aku ngan brader jual roti tu terus gelak bagai nak rak..rasa haus pulak gelak banyak banyak!

Monday, August 15, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah

NAMA:
ILTIZAM WAHYUNI BT JAMHOR
*errr..ada mintak nama penuh ke?*

HOBI:
Mencari pasal dengan org sekeliling


errr..terbaik bukan hobi tu??
 
Kalau nak join segmen ni klik SINI


p/s: Agak-agak ada org nak follow aku tak??

Sunday, August 14, 2011

Mungkinkah??

"Eh kau..nanti datangla kenduri aku..bulan 9 ni..dah la tunang hari tu kau tak datang" (Bedah,kawan sekolah rendah)

"Dijemput pelajar batch 05/06 Sekolah 'sekian sekian' utk datang ke
majlis kahwin Minah bt Maun lepas raya ni.Dia harap anda semua 
dapat hadir" (Pengumuman dlm group fesbuk)

"Zam..nanti aku dah deliver baby kau mesti dtg tgk anak aku tau..masa wedding aku hari tu kau tak dtg..ni kira cam redeem la..datang tau!" (komen teman sePLKN)


Tu baru sikit je..banyak lagi kawan kawan yang ajak pegi wedding diorang..tak mampu nak tulis segala kat dalam ni..ehh..ayat tunggang langgang ni..

Dapat invitation berguni guni dr kawan kawan..automatik aku pikir "errr..mungkinkah sekarang pesen kawen muda??" tapi dah jodoh..nak buat macam kan kan..heee~

Bila cerita kat mak..mak dengan selambe je "haa..kau pon nak kawen jugak ke??ade calon??" nice bukan soalan tu..sentap anak tekak aku dengar soalan tu..kelu seribu bahasa kejap..sadis sungguh!

Okay bye!sikit sikit cukup..

p/s: Nama di atas rekaan semata mata~


Friday, August 12, 2011

Gelagat Terawih

Allahuakbar Allahuakbar..*bacaan iqamat sampai habis dari jejaka muda tapi sudah dipanggil tok bilal..*

Maka tok imam pon memberikan arahan "luruskan saf rapatkan saf"sambil mulut terkumat kamit membaca doa..

Makmum jejaka dan bapa jejaka berusaha merapatkan saf sehingga bahu bertemu bahu sampaikan kalau bila tahiyat akhir boleh terduduk atas kaki orang sebelah..kalau yg terduduk tu ringan bak kapas tak mengapalah..kaki org yg diduduk pula penuh cagu..adesss..parah lah jawab nya..

Dibahagian atas masjid pula ada makmum gadis-gadis dan mak gadis yang cuba untuk memenuhkan saf yang macam susah je nak penuh..Almaklumlah..gadis bukan..pasti mahu mencari spot terbaik untuk bersolat yakni berdekatan dengan kipas supaya ketiak tidak berbau..

Setelah dapat spot terbaik untuk bersolat maka adalah bahagian2 yang kosong dimana terputuslah saf nya..kalau dah mcm tu mana nak datang pahala berjemaah ni gadis gadis oi..nak jugak suruh makcik2 yg dah berumur cakap pon sikit2 nak batuk sergah korang untuk penuhkan saf..

Kisah diatas berdasarkan pemerhatian sebelum bersolat..pissss yow!!

p/s: Bukan menuding jari tetapi gadis gadis yang dimaksudkan adalah gadis-gadis dari kolej kolej berdekatan..




Thursday, August 11, 2011

Almost two week!

Maaf..aku bukanlah blogger tegar yg sentiasa punya idea untuk diblogkan!
Mungkin aku sedang mengalami masalah 'mahu berblog tapi tiada idea'
haaaa..nampak tak permainan bahasa aku yang agak tunggang langgang disitu..

Dekat 2 minggu dah umat Islam berpuasa..dan baru hari ini aku rasa nak menulis entry mengucapkan selamat berpuasa kepada anda2 semua..tapi maseh tidak terlambat bukan..hikhik~

Bulan puasa ni tak banyak pon aktiviti aku sama jugak macam bulan-bulan yg sebelum ni sbb cuti yang panjang ni aku dok melepet aje dekat rumah sambil menghabeskan beras mak dirumah..terbaik bukan!

Tapi aku bukan duduk sahaja malah membantu kakak aku yang begitu berazam mahu membina empayar perniagaannya sendiri..huihh semakin over penceritaan aku..heh..takde laa..kakak aku tengah usahakan perniagaan puding caramel bersama trifle dan jugak menjual kuih-kuih raya..tak lupa juga menjual air katira..
maaf..gambar ini sekadar hiasan

Ohhh sebelum tu..anda tahukah apa itu air katira??kalau dah tau bagus..kalau belom tau ce try gugle..ape guna internet laju2..manfaatkan sepenuhnya..elakkan pembaziran..

Dalam usaha untuk membuatkan cita2 kakak aku tercapai..aku mendapat jawatan sbg AJK Kebersihan sekaligus menjaga akaun..ehhh ape punye jawatan la dia bg kat aku..malahan gaji bukanlah dalam bentuk wang ringgit tapi berupa hadiah..tapi tak kesah laa..asal aku punye makan tanggung berak cangkung..err..lagi sekali permainan bahasa yg tidak menarik..

Okay..sampai sini cukup..takleh lebih lebih..betambah merepek lagi nanti..okay bye!