Saturday, October 29, 2011

Keletihan Melampau!

Assalamualaikum wbt..

Entry pendek sebelum jawab test kejap lagi!

Kerja sekolah, test, assignment, presentation, role play semua nya harus di settle kan before mid term break ni..ohh lupa plak..buku program,kad jemputan, poster, banner untuk Dinner MEBA semua kena siapkan sebelum cuti..best nyer weyhhh!!



Saturday, October 15, 2011

otak kosong

Assalamualaikum wbt..

Semenjak dua menjak ni aku ada sindrom otak kosong..ye..otak kosong!
Tapi bukanlah bermakna aku menhadapi sindrom bodoh tak bertempat..
Aku macam blur nak update hape kat dalam blog yg suam suam kuku ni..
Non hado citer yang menarik utk kongsi dengan kau orang kau orang semua..

Kalau ada citer aku updatelah nanti yek!

Saturday, October 8, 2011

Jenuh jawab soalan!

Assalamualaikum wbt..

Minggu peksa belom laa bermula tapi quiz quiz sudah mula melambakkan diri mereka dihadapan aku..ohhh STRESSSS!
Nasib baik kuiz boleh jugak juling julingkan mata tengok orang sebelah..untung untung dapat jawapan betul..kalo dapat salah memang menganga laa aku kan kan..

tapi tapi bukan soalan tu yang jenuh aku nak jawab.. ni soalan cepumas yang sampai kadang kadang aku patut masuk tanjung rambutan sebab tekanan nak jawab..dah laa soalan soalan tu kadang kadang buat aku terberangan..kalo berangan setakat seminit dua takpe..ni mau penuh lagu citer hindustan dalam hotak aku tu..
Ciss kurang ajar la dorang dorang ni..saje nk suruh aku senyum senyum kambing pastu kalo takde orang nampak takpe laa..kalo ada yang nampak mau kena bahan seminggu pulak..

"Kau bila nk tunjuk bofren kau kat aku?"
"Kau bila nak cari bofren?"
"Kau bila nak kawen ni?"


Tau tak soalan soalan tu mampu membunuh hati dan nurani aku ni!!ehhh tetiba pulak~

Saturday, October 1, 2011

Movie.Weekend.Ehh Mahal laa

Assalamualaikum wbt..

Weekend ni adalah weekend yang ketiga lepas kuliah start.Kawan kawan sebok balik kampung halaman tapi aku lepak saja kat rumah sewa sambil menghabiskan duit.okay itu tipu.

Kerja sekolah boleh tahan laa..walaupun aku ni pandai melampau (ehem ehem)  kerja kerja sekolah tersebut buat otak aku jadi weng sampai mata kuar tanda $$.senak otak aku buat kerja graphical solution.tah hape hape graf yang aku buat tadi.
tapi tapi aku berjaya selesaikan semua kerja sekolah dengan gemilangnya tadi.maka dengan itu haruslah aku menonton drama korea kejap lagi.wauuuuu terbaik plan tersebut.

Semalam pegi bejimba kejap dekat JJ Bandar Melaka.Lepas pegi perabih duit dah malas nak tunggu bas balik rumah.Maka berkeputusanlah aku dengan Nora nak naik teksi.

"Pakcik pakcik,nak teksi pegi Lanang eh"
"Okay tapi RM12 laa"
"Haaa..murah siket tak boleh?"
"Tu dah fix laa dik"
"hmm yela.."

Tak hangen pulak kau kan..dari JJ tu ke rumah aku sikit punye dekat kalau kentut pon kau boleh dengar laa..gila mahal cas sampai doblas hengget..ingat aku tourist ke nak cas memahal.cekik darah betul!
Apsal pakcik teksi tu cas mahal sangat eh??sampai sekarang aku tak tau jawapan dia..tolong pikirkan jugak boleh??