Friday, August 12, 2011

Gelagat Terawih

Allahuakbar Allahuakbar..*bacaan iqamat sampai habis dari jejaka muda tapi sudah dipanggil tok bilal..*

Maka tok imam pon memberikan arahan "luruskan saf rapatkan saf"sambil mulut terkumat kamit membaca doa..

Makmum jejaka dan bapa jejaka berusaha merapatkan saf sehingga bahu bertemu bahu sampaikan kalau bila tahiyat akhir boleh terduduk atas kaki orang sebelah..kalau yg terduduk tu ringan bak kapas tak mengapalah..kaki org yg diduduk pula penuh cagu..adesss..parah lah jawab nya..

Dibahagian atas masjid pula ada makmum gadis-gadis dan mak gadis yang cuba untuk memenuhkan saf yang macam susah je nak penuh..Almaklumlah..gadis bukan..pasti mahu mencari spot terbaik untuk bersolat yakni berdekatan dengan kipas supaya ketiak tidak berbau..

Setelah dapat spot terbaik untuk bersolat maka adalah bahagian2 yang kosong dimana terputuslah saf nya..kalau dah mcm tu mana nak datang pahala berjemaah ni gadis gadis oi..nak jugak suruh makcik2 yg dah berumur cakap pon sikit2 nak batuk sergah korang untuk penuhkan saf..

Kisah diatas berdasarkan pemerhatian sebelum bersolat..pissss yow!!

p/s: Bukan menuding jari tetapi gadis gadis yang dimaksudkan adalah gadis-gadis dari kolej kolej berdekatan..




3 comments:

Syazwan Che Deraman said...

penting rapatkan saff tu..ramai yang ambil mudah.

selamat berpuasa.
have a good day.

Iltizam Jamhor said...

itu la pasal..
jenuh nak mengingatkan sorg2..

nur diana rozali said...

btol...ak penah kena salu..panas gak hati