Thursday, February 7, 2013

Tak diduga. Terduga. Menduga.

TAK DIDUGA.
Habis belajar rehat dekat rumah 10 hari je Allah permudahkan aku untuk dapat kerja. Tak perlu menganggur lama lama.
Tak pernah terfikir nak dapat kerja dalam masa terdekat tambah tambah lagi dekat syarikat yang boleh tahan besar juga.

TERDUGA.
Sebelum masuk kerja, macam macam aku fikir. Macam macam perasaan yang aku jumpa masa tu.
Benda yang tak patut aku fikir pon boleh melintas juga dalam kepala otak yang separa bulat ni.

MENDUGA.
Hampir seminggu aku kerja, perasaan bosan mula menguasai hati dan minda aku yang kadang kadang rapuh.
Hati aku tiba tiba macam lebih nak pergi bidang audit. Tiba tiba tersedar yang sepatutnya aku teruskan je plan yang aku dah rancang sebelum habis belajar.

Sekarang sedang dalam usaha menghantar resume ke syarikat syarikat audit yang ada dalam Malaysia ni. Semoga keputusan yang aku nak buat ni adalah yang terbaik.

Wednesday, January 23, 2013

Hunter.

Alhamdulillah. Final exam went well. 
Hopefully everything will be fine.
InsyaAllah Allah will help to make it easier for me.
And now I'm unofficially graduated.
Unofficially job hunter.

Semoga rezeki saya dimurahkan dimuka bumi Allah yang luas ni.
Amin.

Wednesday, November 7, 2012

I'll treat you better.


You treat me better then i'll treat you even better in return.

Sunday, November 4, 2012

Lets cherish the moment!

Another 7 weeks left before the final exam and yes we gonna start new phase of our life which is 'pekerja berjaya'. 

So to all the classmates and le PIC, lets cherish the time left for us before each of us start with our own life.


Sunday, September 16, 2012

Feels like...







 Classes mostly start on afternoon and only few days classes start on morning but whatever it is I'm excited to complete my last semester as a student.

Monday, July 9, 2012

You can count on me!

 That's what friends suppose to do!

Hey you.  Wanna sign this contract with me?



p/s : To find friends that stay true behind us is the most difficult part! Luckily i've met them~

Thursday, June 7, 2012

Aku serius ni!


Dalam setiap gurauan, kadang kala ada kebenarannya.
Cuma terpulang kepada individu tu sendiri macam mana nak mentafsirkannya.
Buka mata, buka hati dan buka minda.

Wednesday, June 6, 2012

Shake off that drama, young lady!


Just keep in your mind that
 "Don't expect everybody will like you because you don't even like everybody"

Tuesday, June 5, 2012

Hey you, yes you!

Credit to: Google search.

Hey you, wanna have some KFC's krushers?

Thursday, March 8, 2012

Sedikit luahan perasaan!

Assalamualaikum wbt.

Dah sebulan lebih lebih sikit aku meng-internship-kan diri dekat Amini Ramli & Co. So far quite okay and all the senior staff is friendly even ada jugak sorang dua yg nampak macam tak leh nak ngam langsung dengan diri ini. #eh. Kadang kadang rasa bosan menapakkan dirinya didalam hati ku bila mengadap PC dari pagi sampai ke petang. Rasa nak muntah pon ada hoiii!!

Dah sebulan buat kerja ni aku mula berpikir yg kerja ni tak sesuai utk aku! Aku tak boleh nak fokus buat sesuatu benda untuk jangka masa yang panjang! Fokus aku mudah je tercemar. Eh apa ayat macam keling ni! Aku lagi prefer buat kerja yg perlu aku bergerak banyak drpd duduk terponggok je depan PC tu. Otak pon mula berpikir apsal la aku pegi amek Account ni dulu padahal banyak lagi course lain yg ada. Lepas tu nak bg hati ni redha aku pon set dalam otak mungkin ni dah ruang rezeki aku. Dan sekarang aku sedang berusaha untuk meng-fit-kan diri dalam bidang ni. Moga moga usaha aku selama ni tak sia sia. 

Ini yg terjadi bila suda bosan menggunung!

Friday, February 10, 2012

Internship!

Assalamualaikum wbt.

Aku sekarang di dalam fasa untuk membiasakan diri dengan dokumen dokumen untuk proses peng-audit-an account syarikat syarikat di Malaysia. Secara tidak langsung menjadikan aku insan yang agak sibuk di siang hari dan pen-tidur yang awal di malam hari. Perkara ini dijangka berlangsung dalam enam bulan lamanya dan buat teman teman melepak maaf jika aku tak dapat nak join lepak sekaki.tehee~

First ngan second day kat office tersangatlah janggalnya. Staff staff kat office tu tersangatlah busy sampai tak tau nak bagi kerja apa kat ktorg ni.Oh ktorg yg aku maksudkan adalah:

 dia! dia!

dan dia!

Bila dah takde kerja masing masing dok melangut dekat meja.Kau pandang aku, aku pandang kau pastu gelak gelak. Pastu balik rumah bantai tido awal padahal bukan buat kerja sangat pon!

Start minggu ni masing masing dah dapat task! So apa lagi, kerjalah kannnn!Its fun bila dapat tengok semua dokumen yg selama ni dapat tengok kat dalam buku teks je! Rasa macam jakun sekejap. So minggu ni memang kerja duduk mengadap pc and key in data data dekat dalam sistem, isi borang tax etc. Penat tu memang tak hengat laa tapi apa boleh buat. Life must go on. Eh tetiba!

Sunday, January 29, 2012

Peek!


Wish to update my blog but i can't think of any topic!
For time being i'm only take sneak peek to others blog.
Ngee~

Saturday, January 14, 2012

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum wbt.

Selamat Tahun Baru kepada mereka mereka yang baca entry ni..Ya ya ya aku tau dah dekat tiga minggu dah tahun baru ni pon..aku nak ckp selamat tahun baru jugak kat korang semua! Oh untuk pengetahuan korang semua ye..aku jugak sudah hampir 3 minggu dalam mood final exam and this upcoming Wednesday will be my last paper dude! jyeahhh~ then i'm gonna have my cuti semester for one week! Yeaa..seminggu je..then 1 Februari nanti nak kena melapor diri untuk mengpraktikal~

Masuk tahun baru ni, umur pon dah baru, gaya pemikiran pon kena laa baru ye tak?? Hopefully level of maturity aku naik laa sikit. Serius aku rasa yang otak ni masih lagi macam kanak kanak yang tau nak bejimba dan besuka ria sahaja! InsyaAllah aku mampu berubah..heee~ Dan macam biasa, akan ada killer question yang mampu membunuh hati nan suci ini..Tolonglahhh..aku belum mampu nak bagi jawapan utk solan terbabit tauk!!

Okaylah..ini saja yang termampu..errr by the way, esok malam kelas aku buat pot luck and i'm looking forwards for tomorrow night..let's have fun guys! 

Monday, December 26, 2011

Peng-klasifikasi-an

Assalamualaikum wbt..

Aku belum sempat menonton sebarang dua barang movie lagi pada cuti kali ni..nampak gaya macam kena postpone aje study untuk exam ni pada esok lusa. Impian kena dilaksanakan dengan kadar segera takut nanti mulut berbuih sebab tak dapat layan movie sebelum study..Huikk habes sudah dengan intro merapu lagi meraban.

Okay tak tau laa korang perasan atau pun tak yang sebenar nya kita manusia ni senang saja nak mengklasifikasi seseorang tu walaupun sebenarnya orang tu tak ada kaitan langsung dengan hidup kita ni. Kadang kadang kita tak kenal pon dengan orang tu tapi mulut ni laju je nak meng-kategori-kan orang tu.

# Gemuk
Bila orang tu gemuk mulut kita laju nak cakap "huh makan banyak sangat laa tu". Lepas tu mula laa nak mengejek, mengata, mengutuk dan segala meng laa..Yaa kalau dia makan banyak pon...anda tu siapa nak mengata sana sini. Si gemuk tu ada hati dan perasaan jugak. Tak boleh ke anda nak jaga sikit??

# Bagi nasihat sikit
Tak salah kan kalau kita nak bagi nasihat sesama sendiri. Ilmu yang kita ada tu tak salah kalau nak dikongsi bersama. Tapi selalu kita akan dapat feedback yang macam ni "elehh sibuk nak bagi nasihat kat orang, macam laa kau tu bagus sangat. Diri sendiri tu pon takde laa betul mana" Kalau semua orang fikir macam tu alamat nya tunggang langgang laa dunia ni. Kan ingat mengingati sesama sendiri tu bagus. Tapi yang bagi nasihat tu haruslah cakap serupa bikin.

# Tutup aurat baik tak tutup aurat jahat
Percaya atau tidak kadang kadang terlintas dekat fikiran kita yang orang tak tutup aurat ni sedikit kurang baik perangai nya. Nampak tidak adil disitu. Yaa memang tutup aurat itu wajib bagi umat islam tapi untuk mengklasifikasikan baik atau jahat orang itu bukan terletak pada cara berpakaian seratus peratus. Kita perlu kenal dulu baru kita tahu baik atau jahat seseorang itu. Tapi bukan ke indah kalau perangai dan akhlak yang baik tu di cantik kan lagi dengan menutup aurat ? Bukan ke bagus kalau dah menutup aurat akhlak dan perangai dijaga dengan baik?

Aku pun takde laa baik mana. Entry kali ni untuk peringatan sesama kita. Mudah mudahan masa akan datang ada perubahannya. InsyaAllah~

p/s: Alaaamakkk..nanti nati laa aku masuk kan gambar pegi camping okay~


Saturday, December 24, 2011

Study week. Layan Movie. Final Exam

Assalamualaikum wbt.

Phewwww..dah lama tak meng-blog-kan diri ni..rasa macam dah ketinggalan berbatu batu pulak..maaf kepada follower yang tak berapa nak ramai tu sebab tak mampu nak meng-update-kan blog ini..takyah bagi tau punca tak update sebab bukan orang nak amik tau pon kan kan! Okay tamat sudah intro merepek disitu~

Study week sudah mula menjelmakan diri mereka, maka itu tandanya exam dah dekat..maka aku harus lah menjadi pelajar yang umpama ulat buku apabila aku harus mentelaah pelajaran yang terbabit. Eh ada ke ayat mentelaah?  Tapi macam tak remaja pulak study awal awal ni..padahal cuti ada seminggu..baik layan movie sedas dua pastu baru study..cantik bukan idea aku..so kalau ada citer menarik sila roger aku..

Oh lupa..nanti kalau bekesempatan aku upload la sebarang dua gambar time pegi camping dekat Tasik Chin Chin sama itu Cameron Highland..gambar time dinner MEBA mmg takda sebab aku kena duduk belakang tabir..sedih~

p/s- Memalam sikit aku update lagi ini blog okay~

Saturday, November 26, 2011

Rasa nak lempang orang bila...

Assalamualaikum wbt.

#Taip mesej guna aq, lew, jew etc.
 Ciss,kau tau tak pengunaan ayat tu boleh membunuh perbualan dgn aku sebab darah aku boleh mendidih dengan tiba bila aku baca ayat tu..

#Status kat fesbuk dengan twitter macam kau sorang je bercinta.
Ni yang paling lemah..adess macamlah kau sorang je yang ade bf/gf..eh tolong laa paham hati nurani orang yang takde bf/gf tu..*ehh tetiba*

#Bila bercakap kau je nak hebat.
Orang macam ni malas nak layan tapi kengkadang terlayan jugak sebab nak tengok tahap mana hebat nye..bila layan terasa bodoh pulak..alahaii..dilema aku macam ni~

#Cakap kuat kuat depan orang ramai.
"kau nak tau, semalam aku main lawan lawan kentut dengan jiran sebelah"..kalo boleh dia nak bagi tau satu kampung yang dia main lawan lawan kentut.Eh tak segan ke cakap kekuat pastu semua orang pandang kau..macam kawasan tu kau sorang je yang ada.



p/s: Ohh besok adik jersi no 21 saya ada game laa..weeehoooo~

Thursday, November 24, 2011

Menang!

Asslamualaikum wbt.

Cerita macam dah basi..tapi aku pedulik hape..aku nak cerita jugak..

Skuad Harimau Muda menang acara bola sepak for the SEA GAMES kat Indonesia
Congrats to all the members in the team.

Okay tu je mampu aku update..heee~

Wednesday, November 16, 2011

wordless Wednesday!


cuba cari aku yang mana satu?
kalau betul aku bagi sebatang coki coki!

Thursday, November 10, 2011

Dah hari khamis dah!

Assalamulaikum wbt..

Bangun pagi belum sempat gosok gigi aku dah update blog tapi ahh lantak laa..bukannya nak taip kena guna gigi ye dak..tapi cuba kau bayangkan aku update blog guna gigi..style bukan?okay habis sudah intro yang meraban.

3 minggu yang lepas aku berkobar kobar nak pegi camping dengan kawan kawan..siap dah bayar awal awal sebab teruja nak pegi camping..bila dah sampai masa aku rasa macam malas pulak sebab aku kena korban mid sem break aku..aku baru sampai KL hari isnin hari tu tetiba hari dah nak kena balik Melaka pulak..belum puas ber'break' tetiba dah nak kena balik kampus dah..tapi sebab dah bayar aku kena la balik jugak..kang rugi duit PTPTN aku tu..nak refund memang tak dapat laa..

Okay sampi sini aje..kang panjang panjang cerita ntah lagi merapu aku tulis..okbai~

p/s: Aku teruja nak berkayak ni..weeehhoooo~

Saturday, November 5, 2011

Mid semester break!!

Assalamualaikum wbt..

Mid semester break dah bermula..weeehhhhoooo~gembira tak terkata beb..rasa macam cuti semester plak padahal cuti seminggu jek pon..tapi tak kesah laa..asal dapat berambus kejap dari penat yang menggila kat kampus tu~

Aku teruja nak balik KL terchenta tu tapi mak kata "Kita raya kat Melaka ehh"..ahhh sentap jantung mendengar arahan berbaur ugutan dari  mak..tapi aku cuba menurutkan kata mak..redha jek laa..ape boleh buat..melawan kang kata derhaka..nampak nyer hari selasa nanti laa baru aku mampu mencium jugak menghirup udara KL tu..

Cuti yg sekejap tapi plan dengan kengkawan kemain lagi..mengalahkan duit aku kat dalam bank tu banyak berkoyan koyan..tapi aku akan berusaha jugak utk bejimba barang sekali dua..ok bye!

terima kasih kepada tuan punya gambar terbabit!